{ Hantar Motor Dari KK Sabah Ke Port Klang } — RM 1479

Servis Hantar Motor Ke Port Klang Dari KK (Port to Port)

Perkhidmatan Pos Motor Ke Port Klang Dari Sabah

Harga Pos Motor Ke Port Klang Dari Port KK Menggunakan Kapal RORO Bermula RM 1,479.00 Harga Asal RM 2,029.00 (Semua Jenis Motor).

Harga Motor Semua Jenis cc.

Port to Port Sahaja.

Harga Termasuk Insuran Marin.

⚠️ PENTING: Harga diskaun hanya sah dengan ISI BORANG SEBUTHARGA di bawah halaman ini. Tempahan manual melalui WhatsApp/Call akan dikenakan HARGA ASAL.

produk

Bagaimana Cara Menghantar Motorsikal Dan Membuat Tempahan Ke Semenanjung?


Isi Borang Sebut Harga

Pilih tarikh pelayaran daripada jadual drop-down dan isi maklumat Motorsikal anda. Sebut harga (quotation) rasmi akan dihantar terus ke e-mel anda secara automatik dan serta-merta!

Pengesahan & Dokumen

Admin kami akan menghubungi anda dalam waktu bekerja (Isnin - Jumaat, 9am - 5pm) untuk pengesahan akhir tempahan. Sementara menunggu, sila sediakan dokumen berkaitan (Salinan IC, Geran, & Surat Bank).

Buat Pembayaran

Lakukan Bayaran Penuh atau Deposit RM400 selepas anda menerima invois rasmi. Baki boleh dijelaskan sebelum kapal tiba di pelabuhan. Syarikat Moverport menerima pembayaran kad debit atau kredit secara selamat melalui Stripe.

Dapatkan PAKEJ Pos Motor KK Sabah Ke Port Klang dengan Harga Diskaun.
Harga Normal Sebelum Ini RM 2,029
SEKARANG HANYA RM 1,479 Untuk Semua Jenis Motor

Slot Kargo Sangat Terhad ..Tempah Sekarang Juga!

SEBELUM PROMOSI BERAKHIR DALAM

Count...

Kaedah Bayaran No.1

Buat Bayaran Penuh Penghantaran Motor.


Bayar Penuh RM 1479

Kaedah Bayaran No.2 (Popular)

Bayaran Deposit Penghantaran Motor Dari Kota Kinabalu Ke Semenanjung Hanyalah RM 400 Sahaja.

Baki Pembayaran Wajib Diselesaikan Sehari Sebelum Tiba di Pelabuhan Klang (Sebelum Kapal RoRo Berlabuh).


Deposit RM 400

Balance RM 1079

⚠️ BACA DULU SEBELUM TEMPAH

Nak pos motor dengan harga jimat Rahmah? Senang je, ikut step mudah bawah ni:

🔄 Step Mudah Tempah Slot Pos Motor:
1. Isi Borang Bawah Ni: Masukkan detail motorsikal anda.
2. Check E-mel: Sebut harga auto akan terus masuk ke inbox e-mel anda serta-merta.
3. Reply "SAYA SETUJU": Kalau 'ngam' dengan harga tu, balas terus e-mel sebut harga tersebut. Kami akan tukar jadi Invois Rasmi dalam masa 24 jam.
4. Ikut Arahan di Invois: Buka invois di e-mel, Cara buat bayaran (Stripe/Transfer), dan terus muat naik dokumen kastam melalui Google Form di dalam invois tersebut.
📢 Nota Admin: Pihak admin hanya akan hubungi anda secara manual jika ada dokumen yang tidak lengkap. Kalau semua teratur, slot kapal anda diproses 100%
🤝 Tak Ada Drama Harga Pusing-Pusing!
Kat sini harga kami telus. Apa yang sistem keluar, itulah harganya—tiada caj sorok-sorok. Tak payah penat-penat WhatsApp atau call kami semata-mata nak tanya "Betul ke harga pos motor saya macam ni bos?".

Anda cuma perlu isi borang di bawah, tunggu e-mel masuk, dan reply e-mel tu "SAYA SETUJU". Kami akan convert jadi invois dengan harga sebiji sama. Sesiapa yang tak isi borang dan nak deal manual melalui WhatsApp/Call, automatik kena HARGA ASAL RM2,029 tanpa diskaun promo.
🚨 PENTING: PEMATUHAN SOP & HAK PENOLAKAN UNIT
Moverport Logistics mengamalkan sistem pengurusan logistik yang sangat ketat demi menjaga jadual pelepasan kapal.

• Wajib Ikut Aliran SOP: Segala urusan serahan dokumen, bukti bayaran, dan pematuhan garis masa (timeline) kapal MESTI mengikut ketetapan yang diberikan di dalam invois.
• Hak Pembatalan & Pemulangan: Pihak Syarikat berhak sepenuhnya untuk MENOLAK / MEMBATALKAN tempahan slot, memulangkan semula kenderaan, serta memulangkan deposit (jika ada) sekiranya pelanggan gagal mematuhi SOP syarikat, memberikan tekanan/desakan (menekan-nekan) kepada pihak Syarikat, atau tidak menghormati garis masa jadual kapal yang telah ditetapkan.

FAQs
( FAQ – CARA POS MOTOR )

Tempoh perjalanan Kapal mengambil kira faktor cuaca dan keberangkalian masalah teknikal dan selalunya mengambil masa selama 15 (Kapal RoRo) dan 1 Bulan jika menggunakan tumpang kontena (LCL).

Tarikh akhir bagi penghantaran Motorsikal ke pelabuhan tertentu iaitu di Pelabuhan Klang, Kota Kinabalu, Kuching dan Labuan adalah 2 hari bekerja sebelum waktu anggaran ketibaan (ETA) kapal, (tidak termasuk hari ETA kapal, Ahad & Cuti Umum disebabkan waktu kerja yang terhad).

Ia mengambil masa 1-2 hari bekerja untuk pelepasan kastam selepas tarikh kapal ETA di Malaysia Timur.

- Salinan Kad Pengenalan (Depan & Belakang)

- Salinan Kad Pendaftaran Motorsikal (Depan & Belakang)

- Salinan Surat Pelepasan Bank (untuk Motorsikal yang masih dibiayai)

- Salinan polisi insuran bagi Motorsikal yang telah habis bayar

- (Kesemua salinan hendaklah jelas dan terang)

Tarikh akhir bagi penghantaran dokumen adalah 14 hari bekerja sebelum waktu anggaran ketibaan (ETA) kapal (tidak termasuk hari ETA kapal,Ahad & Cuti Umum disebabkan waktu kerja yang terhad) untuk pemprosesan kastam tepat dan cepat.

Pihak kapal tidak akan bertanggungjawab untuk kelewatan,caj tambahan atau kesilapan manusia yang mungkin disebabkan oleh penyerahan dokumen lewat.

Semua Motorsikal akan diinsurankan daripada jumlah kerugian sahaja.Anda juga boleh mengambil insuran tambahan dan ianya adalah pilihan.

Bayaran hendaklah dibuat semasa membuat tempahan dan resit rasmi akan dikeluarkan bagi tujuan mengambil Motorsikal semasa di pelabuhan.Sila simpan bukti pembayaran.

Kapal kami membuat panggilan ke Pelabuhan Singapura, Laem Chabang (Thailand) dan Jakarta (Indonesia), oleh itu kami boleh mengatur penghantaran Motorsikal ke pelabuhan-pelabuhan ini.

Walaupun kapal kami tidak membuat panggilan ke Pelabuhan Antarabangsa yang lain pada masa ini, kami mempunyai keupayaan dan rangkaian yang luas, dan bersedia mengatur Motorsikal anda untuk dihantar ke mana-mana destinasi di seluruh dunia seperti permintaan anda.

Pelanggan dinasihatkan untuk mengeluarkan semua barangan peribadi dari Motorsikal.

Sekiranya terdapat keperluan untuk meletakkan barang peribadi di dalam Motorsikal,Ia adalah di atas risiko anda sendiri. Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa barang peribadi yang hilang atau rosak.

Maksud ETA ialah Jangka masa tiba atau anggaran masa ketibaan sebuah kapal dijangka tiba ke suatu tempat tertentu.